Friday, April 16, 2010

Secangkir Kahwa Pengendur Urat


Secangkir Kahwa Pengendur Urat – Tanda-tanda Akhir Zaman di Mekah

- Kompleks hotel gergasi - sedang dalam pembinaan di Mekah

- Bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia

- Jam - enam kali lebih besar daripada Big Ben di London.

- Kompleks tujuh menara hotel - dikenali sebagai Menara Abraj al-Bayt

- 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidilharam.

- Ketinggian - kurang 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa - 828 meter.

- Menara Jam Diraja Mekah - dibina daripada struktur konkrit setinggi 662 meter, puncak menara logam - 155 meter - dilitupi dengan simbol bulan sabit.

- Struktur - lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa kini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.

- Jam buatan Jerman - 'yang terbesar di dunia', muka selebar 45 meter dan tinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara.

- Dijangka kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang. (Sumber berita Utusan Malaysia 15 April 2010).

"Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk menunjuk-nunjuk dan orang miskin untuk mengemis."
(Diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu Anhu)

"Tidak ada (hari) pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangun".
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu Anhu)

"As-sa’ah (Hari Kiamat) tidak akan tiba – hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi".( H.R. Bukhari )

Halim Fansuri – 16 April 2010/2 Jamadil Awwal 1431H/1100H)

p/s: ... Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).”
(Riwayat Tirmidzi)

Tuesday, April 13, 2010

Biarkan! Biarkan!

Cita LaWak : Mudah SanGat Di Tipu Pelajar 17 Tahun... (12.4.10)

Tuan Muda memang hebat dan Tuan Muda cemerlang dengan kerjanya. Semua orang mampu diperdayakan dan diperbodohkan Tuan Muda. Memang Tuan Muda berbakat. Bukannya kecil-kecil orang yang terkena tetapi Exco Pahang, Ketua Pengarah JLKN dan polis mampu dikenakan Tuan Muda.

Iringan polis bak menteri yang Tuan Muda dapat. Banyak kem-kem dapat dilawatinya Tuan Muda. Sebelum ini semua orang seronok dengan Tuan Muda berjiwa rakyat, tetapi sebenarnya Tuan Muda, rakyat berjiwa raja.

Apa nak dikata. Raja berdaulat raja disembah. Apa-apa yang melibatkan raja ditakuti orang. Memang seronok membaca Tuan Muda perkenakan orang. Apapun tujuannya, Tuan Muda seronok dengan helahnya. Layanan hebat yang Tuan Muda dapat. Tahniah Tuan Muda, memang Tuan Muda cemerlang. Besar idea Tuan Muda. Kita juga boleh terkena dengan helah Tuan Muda.

Dia berseronok dengan kerjanya. Tuan Muda hanya tertangkap apabila rakan mengenali Tuan Muda. Hajat Tuan Muda belum tercapai sepenuhnya. Mungkin Tuan Muda juga ingin perkenakan PM tapi hajat Tuan Muda tak kesampaian.


~ ek-ele

sumber gambar : KosMo OnLine


* p/s - kah kah kah kah, lawak lawak...punyalah taat setia pada kerabat diraja, hampon tungku...kah kah kah kah, sampai tak chek langsung betoi ka diani anak angkat atau terangkat tang mana...kah kah kah kah..dengan budak umur 17 tahun pun kena tipu...kah kah kah kah, enna da batchaa...pengarah PLKn Pahang, semua pakat tak chek dengan protol Istana...tu yang betoi, memang patot pun Tengku Puan Pahang gelak sampai keraih perot-perot baca cerita hangpa nih...kah kah kah kah....


--
Ahakksss......

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

http://bloghijat.blogspot.com/2010/04/cita-lawak-mudah-sangat-di-tipu-pelajar.html

*artikel ini diambil dari http://bloghijat.blogspot.com/ . Ini bukan artikel saya.. sekadar tertarik dengan isinya sahaja.. mengusik ketiak dan tulang rusuk.. he he he.. moral of the story: Melayu memang Pengampu! Tahniah buat Si Luncai kerana berjaya memperdaya bangsat-bangsat dan pengkhianat bangsa yang bertopeng tu!

Halim Fansuri – 13 April 2010/27 Rabiul Akhir 1431H/0944H)

p/s: ...kita memerlukan lebih ramai Si Luncai seperti ini untuk menyedarkan masyarakat kita yang tak berotak & tak boleh nak berfikir!

*Biarkan! Biarkan! - Lagu Si Luncai Terjun Dalam Sungai...

Nota Kaki Pengalas Perut

Nota Kaki Pengalas Perut

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.