Tuesday, November 10, 2009

Dua Berita Satu Laporan..

Dua Berita Satu Laporan..

Dr Asri sedia sertai politik untuk berdakwah - Mutakhir/Selasa, 10 November 2009

KOTA BHARU: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Katanya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

"Tapi jika semua pintu tertutup dan saya tidak boleh bercakap melainkan boleh bercakap dalam pentas politik, terpaksa berfikir lain. Saya harap ini tidak akan berlakulah," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini hari ini.

Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor baru-baru ini kerana didakwa berceramah tanpa tauliah di negeri itu. Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Syariah tetapi tidak ada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Sambil menafikan pertemuannya dengan Nik Aziz sebagai usaha ke arah mendekati politik, beliau berkata ia adalah sebagai tanda hormat kerana Nik Aziz sebelum ini turut memberi sokongan kepadanya dalam gerakan dakwah. - Bernama

Halim Fansuri – 10 November 2009/22 Dzulkaedah 1430H / 0812H)

P/s: ..ha..ha ha.. selepas Johor dapat mufti baru yang tidak bertauliah.. ko nak jadi orang politik pulak? Sungguh! Belang ko sekarang terbongkar akhirnya.. betul tak aku cakap dulu? Kat Malaysia ni dah berlambak ahli politik, dan bila ko masuk politik nanti, bertambah la seorang lagi pembohong besar!

(Sumber berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091109171801/Article/index_html)


Penulis blog digesa henti pembohongan- Mutakhir/Selasa, 10 November 2009

KUALA LUMPUR: Penulis blog dinasihat menghentikan pembohongan dalam penulisan masing-masing, terutama berkaitan isu sosial dan politik kerana ia boleh mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap kerajaan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata sebaliknya mereka perlu memainkan peranan sebagai perantara dalam mengetengahkan sesuatu isu kepada masyarakat.

Beliau yang juga seorang penulis blog berkata ada antara penulis blog yang menulis perkara mengarut selain menggembar-gemburkan isu yang tidak benar.

"Memang sukar untuk menjelaskan sejauh mana kebenaran penulisan blog kerana penulisnya sentiasa berselindung di sebalik nama pena," katanya dalam sesi dialog bertajuk "Blog: Satu Pembohongan atau Realiti" di sini hari ini.

Katanya, walaupun penulis blog mempunyai kebebasan menulis, namun hasil yang positif daripada penulisan mereka adalah perkara utama yang perlu diambil kira selain sensitiviti kaum.

Sementara itu pemilik blog "Kuda Ranggi", Syed Imran Alsagoff, pula berpendapat bukan sahaja wartawan media cetak dan elektronik, penulis blog juga perlu didedahkan kepada etika penulisan selain undang-undang berkaitan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Rahsia Rasmi.

"Jika seseorang blogger tidak mendalami peruntukan akta dan etika kewartawanan, pembohongan dalam penulisan mungkin berlaku," katanya.

Syed Imran yang juga bekas wartawan Bernama berkata, pembohongan dalam penulisan blog lebih kerap menyentuh isu politik sehingga cenderung memfitnah, menghasut dan menjatuhkan maruah pihak tertentu. - Bernama

Halim Fansuri – 10 November 2009/22 Dzulkaedah 1430H / 0812H)

P/s: ohoo.. kami semua ni pembohong la.. ni sumber yang hamba ceduk ni dari mana? Sumber Media arus perdana kan? Apabila pembohong besar cuba mengajar pembohong cilik..

(Sumber berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091109162726/Article/)

Nota Kaki Pengalas Perut

Nota Kaki Pengalas Perut

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani

*Catatan tambahan: Sey amat meminati gaya penulisan FT, tapi bukan bawaan akidahnya. Sey ASWJ Mazhab Imam Syafiee dgn Kaedah Tauhid Asyairah wal Maturidiyyah. Pandangan ulama Sunni terhadap kitab Nahjul Balaghah (kumpulan khutbah, surat, dan kata-kata hikmat yang dinisbatkan kepada Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib R.A.) adalah campuran antara pengakuan akan keindahan sasteranya dan kritikan terhadap kesahihan riwayatnya.Berikut adalah ringkasan pandangan Sunni terhadap kitab tersebut:1. Pengakuan terhadap Keindahan Sastera. Majoriti ulama Sunni mengakui bahawa Nahjul Balaghah adalah karya sastera Arab yang sangat tinggi nilainya. Muhammad Abduh(Tokoh Kaum Muda), bahkan pernah membuat syarah (penjelasan) ke atas kitab ini kerana kagum dengan balaghah (kefasihan) bahasa yang terkandung di dalamnya.2. Kritikan terhadap Kesahihan Riwayat - Walaupun dihormati dari segi sastera, ulama hadis Sunni umumnya berhati-hati dengan kandungan Nahjul Balaghah kerana:Tiada Sanad: Kitab ini dihimpunkan oleh Sharif Radhi pada kurun ke-4 Hijrah, jauh selepas kewafatan Sayyidina 'Ali R.A. (kurun ke-1 Hijrah). Kebanyakan khutbah di dalamnya tidak disertakan dengan sanad (rangkaian perawi) yang bersambung. Isu Kandungan: Sebahagian kandungan dianggap bertentangan dengan riwayat sejarah yang lebih sahih atau mengandungi cercaan terhadap para sahabat Nabi yang lain, yang mana ia diragui keluar daripada lidah Saidina 'Ali R.A..3. Sikap terhadap Isi Kandungan Bukan Sumber Utama: Dalam tradisi ilmu Sunni, Nahjul Balaghah tidak dianggap sebagai kitab rujukan hadis utama atau sahih seperti Sahih Bukhari atau Sahih Muslim. Boleh Diterima Sebahagian: Kata-kata hikmat atau nasihat yang tidak bertentangan dengan akidah dan sejarah Ahli Sunnah boleh diterima sebagai mutiara kata, namun tidak boleh dijadikan hujah hukum (dalil syarak) secara mutlak.Kesimpulannya, Sunni menghargai Nahjul Balaghah sebagai karya sastera yang hebat, tetapi tidak mengiktiraf seluruh isinya sebagai riwayat sahih daripada Saidina 'Ali R.A.Nota: Pandangan ini disimpulkan berdasarkan rujukan umum ilmu hadis dan ulasan ulama Sunni terhadap kitab tersebut.