Sekadar Sebuah Renungan
Assalamualaikum pada khalayak pembaca sekelian.. terima kasih kerana sudi hadir, membaca dan memberikan komen pada tulisan hamba (samaada setuju atau tidak, marah atau suka, anti atau pro). Tanpa kontreversi, blog hamba ini hanyalah sebuah coretan sepi, atau seperti ‘rapuan’ kosong yang tanpa sebarang ‘layanan’..
Tulisan pada pagi ahad yang santai ini adalah untuk sebuah isu lama yang baru nak ‘panas’, yang ditulis pada 1 oktober yang lalu, hasil dari penyelongkaran ‘catatan-catatan lama’ yang ‘dipetisejukkan’ sebelum hamba berjinak-jinak dengan dunia blogging. Terima kasih ambe ucapkan kepada kekanda Fakir al Banjari yang sudi menjenguk, membaca, dan memberikan respon pada tulisan. Sememangnya ‘responlah’ yang hamba tunggu-tunggu dari tuan-tuan semua, bukannya pengunjung-pengunjung senyap tak bernama..
Berikut adalah komen dari beliau yang sudi menyumbangkan buah fikirannya.. dipersilakan ulas jika berminat:
fakir al banjari said...
salam. hamba setuju sebahagian dan sebaliknya sebahagian. ya, perayaan hari raya firah hari ni di malaysia dah tercemar teruk bahana kerja orang media. hari raya yang merupakan perayaan agama dah jadi perayaan budaya. perayaan umat Islam dah jadi perayaan umat Melayu. tidak lagi ikut tuntutan Islam, tetapi ikut tuntutan Melayu. ada orang tak puasa rayanya lebin sakan bergaya.
Kalau tuan hamba kata orang dalam masjid lebih teruk dari orang di disko, sangat tak setuju. walaupun mungkin ada sebahagian adalah benar, tetapi kebanyakannya tidak. Allah dan RasulNya dah beri jaminan terhadap golongan yang hatinya di masjid. maka hati-hatilah kerana ini juga perkara akidah. kalau tuan hamba berada 5 waktu atau sekurangnya 3 waktu gelap di masjid, mungkin lebih memahami meraka. nah... kupulangkan padamu PADAN MUKA KAU!! HA HA HA HALIM FANSURI
HA HA HA HARIMAU ANGKARA
HA HA HA HARAP MAAF.
ada banyak dakwah yang bukan ceramah dibuat di luar masjid...
TAPI...
walau perempuan tu bagi derma sebab nak iklankan beras dia, dia tetap lebih baik daripada hamba yang kadangkala nak bagi RM10 kat tabung masjid hari jumaat pun susah. nak ajak orang lain sama-sama bagi sedekah pun susah. bagi peluang kerja kat orang Islam lain lagi tak mampu. bayar zakat pun hanya fitrah dan sedikit zakat simpanan dan pendapatan. rasanya dia dah bagi lagi banyak sumbangan kat Islam berbanding hamba ni.... apa dalam hatinya biar Allah yang nilai, tapi kebaikan zahir yang dia buat, kita tetap perlu akui.. semacam kelemahan kita jua.. akui. mungkin pengalaman tuan hamba dah terlalu lama dan perempuan itu dan berubah?
October 1, 2009 10:53 PM
Pada perenggan kedua, saudara Fakir al Banjari menyatakan, “...Kalau tuan hamba kata orang dalam masjid lebih teruk dari orang di disko, sangat tak setuju”, dan juga, “Allah dan RasulNya dah beri jaminan terhadap golongan yang hatinya di masjid. maka hati-hatilah kerana ini juga perkara akidah. kalau tuan hamba berada 5 waktu atau sekurangnya 3 waktu gelap di masjid, mungkin lebih memahami meraka.”.
Ada beberapa persoalan yang menggeletek hati hamba yang ‘nakal’ ni, dan rasanya kebanyakan dari tuan-tuan semua juga adalah ‘kaki masjid’.. dan dapat menjawab persoalan yang saudara Fakir al Banjari kemukakan, persoalan tersebut adalah:
1. Tidak dinafikan Allah dan RasulNya menjanjikan kejayaan buat mereka ini (samaada di dunia dan di akhirat), namun apakah ciri-ciri golongan ini?
2. Berapa banyak golongan yang keluar dan masuk masjid? Siapa yang hadir?
3. Banyak masjid yang indah-indah dibina, dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Di Putrajaya, di Trengganu, di felda-felda, di kampung-kampung.. namun, bilamana azan: Penuh ke saf? Adakah seruan azan tak cukup kuat?
4. Masjid manakah yang Rasulullah nak bakar? Mengapa ada masjid tapi kerosakan makin menjadi-jadi?
5. Adakah menghabiskan masa masuk meramaikan disko itu lebih mudah berbanding masuk meramaikan masjid pada malam hari di masjid yang sentiasa berkunci?
6. Adakah masjid fungsinya untuk sembahyang 5 waktu sahaja?
7. Mengapa ada masjid namun ada yang tetap ke disko? Tak adakah ‘tangan’ yang menarik mereka ke sana?
Begitulah soalan yang hamba ingin bincangkan bersama khalayak pembaca sekelian.. buatlah pemerhatian di masjid-masjid. Sentiasalah keluar ‘berjalan-jalan’ jika tidak keluar 3 hari sekalipun..
Pada perenggan ketiga, hamba ingin komen terus.. yang hamba ‘tembak’ bukannya tokey Faeza, tetapi media. Hamba setuju (dalam 60%) dengan kata-kata kekanda Fakir al Banjari, yang tokey beras tersebut MUNGKIN telah berubah (setelah artikel ini ditulis 3 tahun yang lalu). Tetapi jika ‘sekadar’ menyediakan pekerjaan dan tidak ada perubahan atau kemudahan pada nasib pekerjanya: dia semakin kaya dan pekerjanya ada la duit sikit nak makan.. dan besok kena ‘bekerja kuat’ lagi; tak ada bezanya macam perhambaan kapitalis... sama macam kilang kain ditempat kelahiran hamba yang dipunyai bangsa lain, takda union dan takda kemudahan perubatan sampai kaki penulis cedera ditimpa mesin jahit pun tidak diberikan cuti sakit.masih ada parutnya lagi...
Di sinilah hamba tidak bersetuju dengan kekanda Fakir, beliau melihat dari segi lain begitu juga hamba.. jika kekanda fakir ambil mashalat dengan adanya dia memberikan sekampit beras Cuma kepada beberapa orang yang tidak dikenali dalam beberapa slot rancangan dan kemudiannya dilupakan, orang banyak akan ingat untuk buat perkara yang samakah? Berapa ramai diantara kita yang memberikan beras barang secupak dua kepada fakir miskin di kawasan kita pada setiap bulan? Pada janda-janda tanpa suami? Pada anak-anak tanpa ayah? Berapa ramai yang ingat? Berapa ramai yang buat? Ada parti-parti politik nak buat? Melainkan retorik kosong perubahan tika nak dekat pilihanraya dari kedua belah pihak yang cuba mengenyangkan golongan ini dengan janji-janji manis!
Mungkin juga kekanda fakir sudah lama duduk dengan mereka dari ‘golongan yang kenyang’ walaupun adinda tak layak berkata begitu. Bukankah nama kekanda juga fakir?
Media mementingkan rating penonton yang tinggi (walaupun dakwanya mereka ada tanggungjawab sosial melaporkan KEBENARAN kununnya). Tokey faeza akan dapat pelepasan cukai LHDN kerana aktiviti ‘kebajikan’ yang dilakukannya sambil mendapat publisiti percuma (walaupun syarikat FAEZA bayar sebenarnya atau jadi penaja) pada AIRTIME perdana.
Teringat hamba pada iklan beras baru-baru ini, “sihat sebab makan beras”.. kah kah kah.. banyak anak-anak (Melayu) kita yang bantut dan malnutrisi ada di sekolah.. tak cukup makanan berzat (pada tahun 2009) sebab kita lupa kerana kita ‘kenyang’!
Contoh-contoh yang hamba berikan adalah bagaimana media, mempengaruhi orang ramai, mengawal minda mereka secara halus dan dibawah sedar pada benda-benda yang kelihatan ‘baik’ dan menarik. Tanpa sedar, kita telah diHIPNOSIS, minda kita dikawal, otak kita hanyalah ‘tong sampah’ yang mana ‘sampah-sampah’ ini disumbat dalam pemikiran kita dari kecik sampai ke tua.. sedarlah, beginilah cara kapitalis hidup dan berniaga.. dengan memainkan emosi dan kebodohan kita selama ini..
Halim Fansuri – 4 Oktober 2009/15 Syawal 1430H / 0948H)
P/s: ...Jika apa yang dikata hamba menyongsang, buang! Tetapi kebenaran tetap datang dari arah yang songsang juga. Cuba lihat pak imam baca khutbah jumaat, tak ke songsang dengan membelakangkan kiblat? (arah kebenaran?)

