Friday, May 14, 2010

Habib Ali Al Idrus Batu Pahat Meninggal Dunia



Habib Ali Al Idrus Batu Pahat Meninggal Dunia

“..Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan berdukacita. Iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa. Bagi merekalah kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada perubahan bagi janji Allah itulah kebahagiaan yang besar.” (Surah Yunus: Ayat 62-64)

Innalillahhiwainnailaihiroji’un

Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu seorang auliyaUllah, al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Idrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010. Allahu Allah ... setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad al-Aydrus (pada usia lebih kurang 97 tahun), Batu Pahat. Allahu Allah ...... Tahun ini merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.

Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.

Sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/2010/05/habib-ali-batu-pahat-telah-kembali.html

Halim Fansuri – 14 May 2010/29 Jamadil Awwal 1431H/0745H)

p/s: .. apabila orang-orang alim dan beriman ‘ditarik’ satu-persatu, maka nantikanlah tiba waktunya datang azab Allah atas kamu.. na’udzubillahiminzalik..


12 comments:

Oghang Ba Ado said...

Habib Ali telah meninggal dunia petang semalam selepas Asar...jenazah beliau akan dikebumikan selewat-lewat 10am pagi ini...Jumaat

syahir said...

tinggallah kita yang bakal 'terseksa' barangkali membayar 'kifarah' ketika datang azab Allah swt.

al-fatihah~~~

fakir al banjari said...

Balik .....

Pencinta Ilmu said...

...tetapi mereka meninggalkan ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya, maka dia beroleh keuntungan yang besar.

Gelojak_Jiwa said...

balik ke mana?

insanfakir said...

sempat ke jumpa dia???

Oghang Ba Ado said...

..suatu petang pada hari jumaat, seminggu sebelum awal muharram 1431H, pada waktu asar sewaktu hamba dengar maulid 'Allah-Allah' yang didendangkan oleh anak-anak buah Syeikh Nazim Al Haqqani al Qubrusi hamba terdengar suatu suara dalam hati hamba, "BANGUN! PERGI JUMPA HABIB ALI!"..

..bergegas hamba bangun waktu itu juga selepas bersalam dengan ibu hamba..

..hamba sempat berada dalam 'majlisnya' cukup lama.. lebih kurang dua jam.. Allahyarham dan hamba sempat 'berkenal-kenalan'..

..selalunya dia akan berjumpa orang luar dalam 10 minit.. seorang tua bernama pak Said yang membawa hamba ke sana.. selesai solat asar berjemaah di sebuah surau di solok wan moh..

..masa ini kaum puaknya hadir.. dari singapura, indonesia dan trengganu, mereka mengalunkan maulid 'dibaie' pada Allahyarham..

..beliau makan kuih berempah kegemarannya (ada sedikit badam. kuih bangsa arab hamba tak ingat namanya, maaf..) dan sedikit kuih putu bambu yang dibawa saudaranya.. kami dihidangkan dengan air kopi panas..

Allahyarham fasih bertutur bahasa arab.. bila dipandang, macam ada cahaya bersinar dari tubuhnya.. matanya masih elok dan dia masih boleh membacakan sebuah hadis (pada hamba)dengan lengkap.. (Allahyarham terpaksa ambil sedikit masa mengingat..)

..orangnya lemah-lembut (diantara banyak-banyak manusia yang ada di dalam ruang itu dia paling lemah-lembut), suaranya perlahan tapi boleh didengari, kulitnya halus bersih.. bila dia tergelak gembira, dia menutup mulut dengan kedua belah tangannya, bila disambut tangannya untuk bersalam ibarat memegang salji, sejuk nyaman rasanya.. Allahyarham sempat berpesan pada hamba supaya ...

..dia juga ada berkata,"manusia dijadikan berlainan rupa untuk kenal-mengenal antara satu sama lain, bukan berbunuh-bunuhan"..

..demi Allah yang menjadikan langit dan bumi dan para rasulnya, hamba ingat lagi apa yang dikatakan oleh Allahyarham..

p/s: itulah kali pertama dan terakhir hamba jumpa Allahyarham Habib Ali..

Gelojak_Jiwa said...

Alhamdulillah.. mudahmudahan berloh rahmat dan pengajaran di atas pertemuan itu..

Itu bahagian kau..

aku dengki mendengarnya..

Oghang Ba Ado said...

insyaallah.. moga-moga semua yang berkunjung ke mari jua mendapat rahmat dan berkat.. meh sama2 selawat atas baginda Rasulullah dan kaum keluarganya.. serta para sahabatnya..

Anonymous said...

Allahumma solli wa sallim, ashrafassolatu wa tasliim...ala Sayyidina Muhammadir rauufurrahim.

Allahumma Solli wa sallim wabaarik alaih wa ala aalihih!

(Petikan Maulid Simtud Durar/Maulid al Habshi yang menjadi bacaan kaum Ba' Alawi/Habaaib).

Alfian NS

TgkAzura said...

Assalamualaikum wbt...ana hanya ingin menyampaikan sesuatu pesanan kpd antum..terlebih dahulu ana memohon ampun dan maaf bimbang antum tersinggung..sepanjang ana kenal Habib, Habib tidak mengizinkan photonya diambil..Ana sgt berharap antum dapat delete photo Habib Ali dan hanya ucapan2 sahaja di sini..terima kasih atas kerjasama antum...wassalam..

Oghang Ba Ado said...

terima kasih tuan.. insyaallah.. akan hamba kerjakan.. tetapi dengan 1 syarat, hamba nak berkenalan jua dengan orang yang kenal dengan Allahyarham.. terima kasih..

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Berwajah Harimau Berhati Singa!

Sebelum Kau Pergi...

Saidina Ali ada memberi petunjuk dan peninggalan untuk mereka yang mahu mengikut dan menjejakinya. Bunyi pedoman itu dapat dikutip dalam Nahjul Balaghah, begini:

'La tastawhisyu fi thariqilhuda liqillati ahlih. Fainnan nasa qad ijtama'u ala maidah syiba'uha qashir wa ju'uha thawil.'

Maksudnya: 'Janganlah kamu merasa kesepian di jalan petunjuk kerana sedikit pengikutnya. Manusia sungguh hanya berkumpul di sekitar hidangan. Kenyangnya sebentar, laparnya berpanjangan.'

Jadi, biaq pi lah orang pergi kepada dia. Kita mesti kekal jadi minoriti yang berpegang kepada kebenaran. – Faisal Tehrani